PENDAHULUAN

Pusat Pendidikan ini dibina diatas tanah seluas 2 ekar, di Kampung Rahmat Kamunting, Perak. Pusat ini beroperasi di dalam kawasan yang strategik dan bersesuaian untuk dikembangkan sebagai pusat pendidikan untuk masyarakat. Memiliki dua cabang pendidikan utama, iaitu pengajian tahfiz & Pengajian pondok (umumi) untuk warga emas. Pengajian tahfiz telah bermula sejak  Januari tahun 2011 dan pengajian pondok secara rasminya akan bermula awal 2013.  Sebelum ini, operasi mendidik hanya berjalan di dalam sebuah bangunan dua tingkat, yang menempatkan asrama pelajar lelaki (tahfiz), dewan pengajian, kawasan dapur, bilik air dan tempat makan. Di bangunan ini juga, beroperasinya secara mingguan (hari Sabtu), pengajian kitab (umumi) untuk muslimat yang tinggal berdekatan dengan pusat pendidikan ini. Pusat pendidikan ini memerlukan bangunan baru bagi mengembangkan fungsi sebagai lokasi mendidik dan menjana modal insan dalam masyarakat.

Pengenalan Pengajian Pondok

Kehidupan di penghujung umur adalah penghidupan yang amat penting. Ia dapat menentukan di manakah kedudukan kita di akhirat kelak. Ada doa yang mengajar kita supaya kehidupan kita dapat berakhir dengan kesudahan yang baik :

اللهم اختم لنا بحسن الخاتمه ولاتختم علينا بسوء الخاتمه

“Ya Allah sudahilah kami ini dengan kesudahan yang baik, dan janganlah Engkau sudahi keatas kami dengan kesudahan yang buruk”.

Firman Allah Ta`ala di dalam Surah al-Ra`d – ayat 11.

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib ssuatu kaum, melainkan merekalah yang berusaha mengubah nasib mereka sendiri”

Atas dasar ini, Pusat Tarbiyah Hafaz Quran Ibnu Sina Kg Rahmat sedang berusaha membuka pondok pengajian umumi serta didikan penghayatan cara hidup Islam. Mudah-mudahan melalui program-program yang dirancang, memudahkan kita menjalani kehidupan yang diredhoi Allah.

 

Bagi golongan 50an keatas (warga emas) dan juga orang-orang pencen, amat sesuai sekali berada disini, kerana kehidupan pada masa ini memerlukan ketenangan serta dapat mempertingkatkan ibadah. Tugas untuk membesarkan anak-anak telah berlalu. Kita memerlukan suasana dan rakan sebaya untuk menuju kepada keredhaan Allah.

Pengajian dijangka bermula sepenuhnya pada Januari 2013.

Objektif Pengajian Pondok

   a)      Menjana kehidupan husnul khatimah.

         b)      Melahirkan ketenangan beribadah.

         c)       Mewujudkan biah (suasana) solehah.

         d)      Melengkapkan diri dengan amal akhirat.

         e)      Menghidupkan amalan berjemaah.

   f)       Menanamkan sifat-sifat mahmudah dan menghapuskan sifat-sifat mazmumah.


PLAN PEMBINAAN BANGUNAN
 INI ADALAH BANGUNAN PUSAT TARBIAH IBNU SINA,
TINGKAT ATAS TEMPAT PENGAJIAN PELAJAR TAHFIZ
TINGKAT KEDUA  ADALAH RUMAH GURU DAN BEBERAPA UNIT PONDOK HUSNUL KHOTIMAH
TINGKAT BAWAH ADALAH SURAU DAN DEWAN
INI ADALAH PONDOK DAN RUMAH GURU
PANDANGAN SISI PUSAT TARBIAH IBNU SINA

ANGGARAN PERBELANJAAN

RM 1.123,953.00 

JAWATANKUASA PENGURUSAN

1.Yahya bin  Abdullah  (B.A (hons) U. Al-Azhar, M.A, UKM, Bangi)

2. Muhammad Arif  bin Yahya (B.A (hons) U. Al-Azhar, M.A Univ. Malaya, Kuala Lumpur)

3. Mohd Afif bin  Yahya (B.A (hons) U. Al-Azhar, Mansurah, M.A Univ. Malaya, Kuala Lumpur)

4. Idris bin Abdullah B.A Univ. Irbid, Jordan

5. Mohd Akib bin Abdullah  B.A Univ. al-Azhar, Mesir

6. Jalaluddin Bin Ramli Guru Takmir, Kamunting

7. Puziah binti Sulaiman

8. Bidin Bin Mat

9. Alwiyah Binti Abdullah

10. Abdullah Bin Koyumi

 

PROGRAM YANG SEDIA BERJALAN
SEKOLAH TAHFIZ
PELAJAR PUSAT TARBIAH IBNU SINA
VIDEO SEPANJANG PROGRAM 2011... KLIK DISINI


PROGRAM CUTI SEKOLAH 2011
SEBAHAGIAN DARI PESERTA LELAKI
SEBAHAGIAN DARI PESERTA PEREMPUAN

Untuk Pertanyaan dan Sumbangan

 Ustaz Yahya: 017-5357810
 No Akaun Bank Islam:
 0804001003726
Maybank
557157309297
 Pusat Tarbiah Hafaz al-Quran Ibnu Sina